KELAB UMNO LUAR NEGARA

 

LUAR NEGARA

Print PDF

SEMUA RAKYAT MALAYSIA DI CHILE SELAMAT

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Semua rakyat Malaysia di Chile berada dalam keadaan selamat selepas republik itu digegarkan oleh gempa bumi sekuat 8.8 pada skala Richter semalam.


Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pihaknya dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Santiago juga akan terus mengawasi dan memantau situasi di negara itu serta melaporkan sebarang perkembangan terkini.

"Kedutaan Besar Malaysia di Santiago telah mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia yang bekerja dengan kedutaan dan dua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan pihak kedutaan adalah selamat.

"Orang ramai boleh menghubungi pegawai bertugas di Kementerian Luar di talian 03-88874000, 03-88874570 dan 03-88892746 untuk sebarang maklumat lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jabatan Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan gempa bumi itu berlaku 90 kilometer dari timur laut bandar Conception pada kedalaman 35 kilometer kira-kira pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang waktu Malaysia).

Laporan radio dan televisyen tempatan menyebut beberapa bangunan runtuh di bandar raya Curico dan terdapat kerosakan pada bangunan bersejarah di tengah ibu kota Santiago.