MESYUARAT PERSEDIAAN KE-4 BANDUNG GAMES 2010

Antara isu dan cadangan yang dikemukakan pada mesyuarat tersebut adalah seperti mengajak IPT tempatan untuk turut serta di dalam jualan booth yang mana ini dapat memperkenalkan sektor IPT tempatan kita ke luar negara.
Program ini juga dijangka akan bergerak dengan tidak bergantung kepada dana kerajaan, ia adalah sebagai contoh kepada kelab-kelab UMNO yang lain untuk lebih berdikari dan lebih kreatif di dalam menganjurkan sesebuah program, Pengerusi Program, Che Azizuddin berkata lagi program pada kali ini lebih menarik sektor-sektor swasta untuk turut serta di dalam menjayakan program ini.
AJK Program juga meletakkan sasaran penyertaan seramai lebih dari 5000 orang tidak kira rakyat Malaysia ataupun tempatan, Bandung Games 2010 pada kali ini juga dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.









