KELAB UMNO NEW SOUTH WALES

Print

‘WITH LOVE, DOWN UNDER (WLDU) – CHARITY GIG’


Kelab UMNO New South Wales (KUNSW) dijangka akan menganjurkan satu acara yang diberi nama ‘With Love, Down Under (WLDU) – Charity Gig’. Ia merupakan malam persembahan muzik yang dikelolai para penuntut Malaysia di Australia. ‘Charity Gig’ ini adalah bertujuan mengutip derma sebagai sumbangan ikhlas ke organisasi kebajikan pilihan mereka:
Pertubuhan Penyayang Ar–Raudah. ‘Charity Gig’ ini berkonsepkan pertandingan muzik secara berkumpulan antara pelajar Malaysia di Australia.
 
Acara ini akan direalisasikan dengan kerjasama kelab-kelab UMNO yang lain di Australia iaitu Kelab UMNO Melbourne, Kelab UMNO Canberra, Kelab UMNO Queensland, Kelab UMNO Western Australia, Kelab UMNO Adelaide serta Malaysian Students Organization (MSO).

With Love, Down Under – Charity Gig ini dicadangkan dianjurkan sehari selepas tamatnya Malaysian National Conference & Games (NCG); sebuah majlis tahunan di mana para pelajar Malaysia dari seluruh Australia bertemu dan bertanding dalam bidang sukan dan rekreasi.

Ini adalah projek WLDU yang kedua; projek pertama (With Love Down Under – Charity Dinner) berjaya mengutip RM 32,255.80 untuk Persatuan Kebajikan Anak Pesakit AIDS/HIV Nurul Iman Malaysia’ (PERNIM) dua tahun lepas.

Misi mereka adalah untuk mencapai kutipan derma bagi membantu anak-anak yatim di Pondok Penyayang Raudhah. Bantuan yang dihulur dapat memudahkan anak- anak yang kurang bernasib baik ini untuk mengharungi setiap detik perjalanan hidup mereka.

Pertubuhan Penyayang Ar-Raudah adalah organisasi yang member sokongan dari segi tempat tinggal dan keperluan harian anak-anak yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim di serata Kuala Lumpur dan Selangor. Berbekalkan misi mereka, kutipan derma akan dilaksanakan sebaik mungkin demi membantu mereka yang memerlukan. Adalah diharapkan agar organisasi ini akan mendapat tempat di mata rakyat Malaysia agar sumbangan berterusan dapat terus disalurkan.

Pertubuhan Penyayang Ar-Raudah memerlukan bantuan kewangan bagi membina tempat tinggal, surau dan menyediakan bantuan harian. Di kala ini, Pertubuhan Penyayang Ar-Raudah hanya memiliki sebuah rumah pondok yang dilengkapi dengan 2 bilik tidur. Akan tetapi, pondok tersebut gagal menyediakan tempat berteduh yang selesa untuk 90 orang anak-anak yang kurang bernasib baik ini.

Oleh itu, KUNSW berbesar hati untuk membantu merealisaikan harapan mereka. Selain daripada itu, KUNSW juga ingin menanam kesedaran dalam diri pelajar-pelajar Malaysia di luar negara untuk berbakti kepada tanah air. Oleh kerana penyertaan majlis ini merangkumi semua penuntut Malaysia dari seluruh pelusuk Australia, semangat bersatupadu dan ikatan persahabatan antara rakyat Malaysia juga akan tersemai.

Majlis ini dijangka dilansungkan pada 11 Julai 2009 beretmpat di Roundhouse, University of New South Wales.