HUJAN BATU SEBESAR BOLA GOLF - MELBOURNE

Ia menyelubungi Melbourne seperti salji ekoran ribut petir melanda bandaraya ini sehingga menyebabkan banyak acara termasuk sukan terpaksa dibatalkan.
Barbeku itu anjuran bersama Majlis Pelajar Malaysia Australia, Kelab UMNO Australia Melbourne, Persatuan Pelajar Malaysia Universiti LaTrobe, Persatuan Victoria Petronas dan para skolar Sime Darby Australia, dibatalkan sebaik sahaja hujan batu melanda.
"Cuaca buruk menyebabkan pelajar lari lintang-pukang mencari perlindungan di tengah-tengah hujan batu yang menimpa. Kami semua turut basah kuyup," kata Presiden Kelab UMNO Melbourne, Haerris Riani.
Beliau berkata majlis barbeku tersebut merupakan acara tahunan yang dihadiri kira-kira 500 pelajar dari pelbagai universiti di Negeri Victoria untuk beramah mesra sesama mereka.
-Bernama
| < Prev | Next > |
|---|
