Kelab UMNO Luar Negara

Sepetang bersama Pemuda UMNO Tenggara

12 Oktober 2012, Kelab UMNO Jakarta telah menerima kunjungan daripada Pemuda UMNO Bahagian Tenggara yang diketuai oleh Sdr. Abd Halim Bin Abd Jalil Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenggara bersama 30 orang ahli rombongan Pemuda UMNO Bahagian Tenggara. Turut bersama rombongan adalah Ketua Pemuda Pergerakan UMNO Bahagian Tebrau Sdr. Syahrin Jamaluddin yang juga merupakan Exco Pemuda UMNO Malaysia. Sebuah program telah direncanakan iaitu menggadakan “Sepetang bersama Pemuda UMNO Tenggara”, dengan aktiviti perlawanan persahabatan futsal antara Kelab UMNO Jakarta dan Pemuda UMNO bahagian Tenggara dan seterusnya diadakan makan malam bersama di Restoran Masakan Sunda. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara Pemuda UMNO Bahagian Tenggara dan Kelab UMNO Jakarta, disamping dapat berkongsi maklumat atau isu terkini suasana politik di tanah air.

1 Response for “Sepetang bersama Pemuda UMNO Tenggara”

  1. [...] Link Tagged Abd Halim, Antara, Bersama, Dapat, Exco, Futsal, Ini, Isu Terkini, Jakarta, Juga, Kelab Umno, Makan Malam, Masakan Sunda, Pemuda, Pemuda Umno Malaysia, Persahabatan, Politik, Restoran, Sdr, Sepetang, Tebrau, Tenggara, Umno, Umno Bahagian. Bookmark the permalink. « Why are BN Ybs not helping the youths in sport? [...]

Leave a Reply

2012 Hak Cipta Terpelihara
SEKRETARIAT KELAB UMNO LUAR NEGARA, Tingkat 5, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Jumlah Pengunjung
Log in