Kelab UMNO Luar Negara

15 Mahasiswa Malaysia Graduan Perubatan Terbaik Universiti Udayana Bali

TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada Pengerusi Kelab UMNO Bali, Dr Muhammad Haniff Abdullah atas pencapaian Anugerah Graduan Paling Cemerlang Universiti Udayana, Bali, Indonesia. Ternyata, penglibatan yang aktif di dalam Kelab UMNO tidak menghalang beliau mengejar cita-cita dan berjaya di dalam akademik. Semoga terus beroleh kejayaan di dalam bidang yang diceburi.

JAKARTA, 9 Mac – Lima belas graduan perubatan dari Malaysia mengharumkan nama negara dengan meraih anugerah graduan paling cemerlang Universiti Udayana, Bali, untuk kumpulan doktor angkatan ke-50 universiti itu.

Mereka menerima Anugerah Cum Laude, iaitu penghargaan tertinggi universiti kepada mahasiswa berprestasi cemerlang, yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.55-4.00 dalam pengajian.

Para doktor itu ialah: Dr Lye Meng Hon (3.81), Dr Choo Ling Ling (3.79), Dr Yeap Xin Yi (3.78), Dr How Mei Yee (3.72), Dr Elisa Glory Manuel Jeyaraj (3.71), Dr Lee Wan Yin (3.70), Dr See Jia Yee (3.64), Dr Loh Soon Khang (3.63), Dr Tey Siam Eng (3.62), Dr Cheok Chia Chien (3.60), Dr Goh See Yun (3.60), Dr Muhammad Haniff Abdullah (3.59), Dr Ng Li Yun (3.59), Dr Amalarany Sachudanandan (3.59) dan Dr Lai Siaw Ling (3.57).

Kesemua mereka merupakan penuntut tajaan Jabatan Perhidmatan Awam (pinjaman).

Kejayaan cemerlang mereka itu diraikan bersama 35 graduan perubatan dari Malaysia yang lain pada upacara mengangkat sumpah sebagai doktor perubatan di universiti itu pada 23 Feb lepas.

Sebagai menghargai kejayaan anak-anak Malaysia itu, pihak Universiti memberi penghormatan kepada Dr Muhammad Haniff, ketua penuntut Malaysia angkatan 2006 yang juga seorang penerima Anugerah Cum Laude, untuk berucap mewakili seluruh graduan Fakulti Kedoktoran (fakulti perubatan) yang mengangkat sumpah sebagai doktor perubatan.

Dr Muhammad Haniff menyifatkan kejayaan 15 anak Malaysia memperoleh Anugerah Cum Laude serta kejayaan 35 mahasiswa Malaysia yang lain untuk sama-sama menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan, sebagai suatu bukti bahawa anak Malaysia boleh berjaya di mana pun mereka berada.

“Menjalani latihan praktikal di Bali banyak mengajar kami tentang kepelbagaian budaya dan masyarakat, lebih-lebih dengan sebahagian daripada pesakit adalah kumpulan pelancong dari seluruh pelosok dunia. Ia jadi lebih mencabar kerana keunikan latar belakang bangsa pesakit dan pengalaman berkomunikasi dengan mereka,” katanya.

Sementara itu Atase Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta, Ludinata Misnun berkata mahasiswa Malaysia angkatan 2006 tajaan JPA itu adalah kumpulan penuntut Malaysia terbaik yang dihasilkan Universiti Udayana setakat ini.

Perkara itu perakui oleh Prof Dr Ketut Suastika, Dekan Fakulti Kedoktoran universiti itu kerana kesemua mereka berjaya menamatkan pengajian tepat pada masa yang ditetapkan dengan mengekalkan kecemerlangan prestasi sepanjang pengajian.

- Sumber : BERNAMA

12 Responses for “15 Mahasiswa Malaysia Graduan Perubatan Terbaik Universiti Udayana Bali”

  1. Extermely informative post right here Thank you for sharing your wisdom with me Ill definitely be back again

  2. how to study says:

    Real great info can be found on this web blog.

  3. Alva Stavros says:

    I just want to say I’m new to blogs and definitely loved your blog site. Most likely I’m want to bookmark your blog post . You actually come with superb posts. Thanks for sharing your website.

  4. pramiracetam says:

    I enjoyed your insightful writing. awesome information. I hope you write more. I will continue subscribing

  5. idebenone says:

    Very interesting info!Perfect just what I was searching for!

  6. tax refund says:

    You have observed very interesting points! ps nice website.

  7. Greeting from over the ocean. Great post I must return for more.

  8. d3 gold says:

    Really fantastic information can be found on this web blog.

  9. I found your report from time to time, which is actually a genuinely superior short article which convey numerous info to us. I hope we will exchange hyperlinks with you.

  10. Elinor Glee says:

    Hey very nice site!! Man .. Excellent .. Amazing .. I’ll bookmark your website and take the feeds also…I am happy to find numerous useful info here in the post, we need work out more strategies in this regard, thanks for sharing. . . . . .

  11. I reckon something truly special in this internet site .

  12. Debbra Briar says:

    A very wonderful list Eric. These designers are putting the negative spaces of the letters to great use.

Leave a Reply

2012 Hak Cipta Terpelihara
SEKRETARIAT KELAB UMNO LUAR NEGARA, Tingkat 5, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Jumlah Pengunjung
Log in