TERKINI
Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bersama Mahasiswa Kelab UMNO Luar Negara Australia

Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bersama Mahasiswa Kelab UMNO Luar Negara Australia

Melbourne, 17 Mei 2015: Pertemuan dua hala antara Mahasiswa Malaysia di Australia bersama Yang Berbahagia Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki telah berjaya disempurnakan dengan anjuran Kelab UMNO Luar Negara Australia, Melbourne.

Pertemuan ini telah dilaksanakan di Dewan Malaysia, Melbourne dan juga Bradford Lodge, Adelaide. Sesi ini telah berjaya mengumpulkan seramai 50 pelajar di Melbourne dan 100 pelajar di Adelaide yang terdiri daripada para mahasiswa bumiputera dan bukan bumiputera.

Dalam dua pertemuan ini, Yang Berbahagia Senator Dato’ Dr Asyraf telah mengadakan sesi penerangan yg berbentuk soal jawab. Menyentuh dan memberi penjelasan tuntas tentang isu semasa Malaysia sepert isu 1MDB, skandal tabung haji, hudud dan lain-lain. Pelbagai maklumbalas serta pendapat yang kritikal telah dibincangkan dengan perspektif ilmiah.

Semoga pertemuan yang telah dilaksanakan ini mampu mengeratkan hubungan antara para mahasiswa Malaysia di Australia dengan kepimpinan negara serta dapat mencetuskan pemikiran yang terbuka dan lebih kritikal melalui perkongsian yang telah dilaksanakan.

a1

Yang Berbahagia Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi sedang memberikan penerangan mengenani isu semasa Malaysia bersama mahasiswa di Melbourne, Australia

a2

Yang Berbahagia Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi sedang memberikan penerangan mengenani isu semasa Malaysia bersama mahasiswa di Adelaide, Australia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

America/Mexico_City : 14:31:57Africa/Cairo : 22:31:57Europe/Vienna : 21:31:57Pacific/Saipan : 05:31:57
Free WordPress Themes - Download High-quality Templates