TERKINI
LEBIH 2000 PELAJAR MALAYSIA, INDONESIA & THAILAND MENYERTAI MEDAN GAMES 2015

LEBIH 2000 PELAJAR MALAYSIA, INDONESIA & THAILAND MENYERTAI MEDAN GAMES 2015

image2
MEDAN 18 OKT 2015 –  Para pelajar Malaysia di luar negara khususnya Kelab UMNO Luar Negara (KULN) disarankan terus memainkan peranan cemerlang bukan sahaja sebagai Duta Kecil Malaysia tetapi juga Asean.

Ini sejajar dengan peranan Malaysia yang dilantik sebagai Pengerusi Komuniti Asean pada tahun ini. Ditambah pula dengan Asean kini  tumpuan pelbagai negara kuasa besar kerana pembangunan dinamik dan  kestabilannya.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican memuji usaha yang dilakukan Badan Perhubungan Negara Indonesia KULN yang menganjurkan acara Medan Games 2015 yang turut melibatkan peserta di kalangan pelajar dari Thailabd dan Indonesia.

Medan Games 2015 yang dianjurkan pelajar Malaysia di Medan melibatkan  lebih 1500 pelajar termasuk 300 peserta dari Indonesia dan Thailand dengan tema ‘Tiga Negara, 16 Kontinjen dan Satu Semangat Asean’

“Tema acara sukan ini sendiri mencerminkan kebersatuan di kalangan pelajar serantau yang diamalkan oleh pelajar Malaysia di Indonesia.

“Malahan semangat ini juga saya percaya diamalkan oleh semua persatuan pelajar kita di mana sahaja khususnya di kalangan KULN di seluruh dunia,” katanya ketika melancarkan Medan Games 2015 (MG15) di Universitas Medan malam tadi.

Dato’ Seri Reezal menasihati pelajar Malaysia  untuk memperkasakan ‘ilmu dengan cemerlang dan juga networking’ sesama pelajar serantau dalam pelbagai bidang yang mampu nemakmurkan serantau.

Katanya rantau Asean adalah rantau yang besar dengan penduduk berjumlah lebih 630 juta orang serta pesat ekonominya.  Peluang oembangunan ekonomi ini perlu direbut oleh usahawan Malaysia dan pelajar yang bakal menceburi dunia keusahawanan.

Beliau juga melontarkan cabaran kepada pelajar Malaysia di Indonesia untuk meluaskan lagi penyertaan serta penglibatan  bersama kesemua negara Asean di dalam acara sukan besar itu tahun depan.

Medan Games kali ketiga ini diadakan selama tiga hari dari 16 hingga 19 Oktober. Ia turut diserikan dengan persembahan konsert khas Kumpulan OAG dan Heliza Helmi serta persembahan pelajar Indonesia dan Thailand.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana MG15; Saudara Muhammad Nazim Abd Malek berkata; acara besar ini telah dibiayai sebahagian besarnya menerusi penganjuran Charity Golf Bogor yang digerakkan bukan lalu oleh Pengerusi Biro KULN iaitu Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

Acara ini turut mendapat sumbangan tajaan daripada beberapa pihak di Malaysia dan Indonesia seperti NAZA Group of Companies, BERNAS dan UNIMED. Turut bersama menaja adalah Kerajaan Negeri Perak, MARA, DMDI, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) dan IM4U.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

America/Mexico_City : 09:05:54Africa/Cairo : 17:05:54Europe/Vienna : 17:05:54Pacific/Saipan : 01:05:54
Free WordPress Themes - Download High-quality Templates